Wednesday 28 September 2022

Asal-Usul Solat Jenazah Ghaib

 الحمد لله و الصلاة و السلام على نبينا محمد و على آله و صحبه و من تبعهم.

Orang yang meninggal dunia di sebuah negeri, yang jelasnya, tidak ada orang yang solatkan jenazahnya (secara) solat hadir, maka jenazah yang demikian keadaannya, dilakukan solat jenazah untuknya oleh segolongan muslimin (secara) solat ghaib, kerana Nabi ﷺ melakukan solat jenazah demikian untuk an-Najāsyi:
Ia telah diriwayatkan oleh sebilangan Sahabat, sebahagian mereka menceritakan kisah yang lebih panjang berbanding sebahagian yang lain. Saya telah kumpulkan hadis-hadis mereka mengenai kisah ini, kemudian saya sebutkannya menjadi seperti satu hadis demi mendapatkan kelebihan faedah daripadanya.

Riwayat dengan jalan cerita ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
“Sesungguhnya Rasulullah ﷺ telah mengumumkan kepada manusia [sedang ketika itu baginda ﷺ berada di Madinah] mengenai kematian an-Najāsyi [nama beliau: Aşhamah “أصحمة" ‐ Sahih Muslim bi syarhi an-Nawawi: 7/17 – an-Najāsyi ialah gelaran Raja atau Ketua negara Habasyah], pada hari beliau meninggal dunia, [sabda baginda: "Sesungguhnya seorang daripada saudara kalian telah meninggal dunia"
(dalam riwayat lain: "Telah meninggal dunia, pada hari ini, seorang hamba Allah yang salih)] [bukan di bumi/tempat kamu ini], [maka
bangunlah kalian solatkan jenazahnya]."
Tanya mereka: Siapakah gerangannya? Jawab
baginda: "an-Najāsyi]", [dan baginda bersabda: "Mintakanlah ampunan untuk saudara
kalian".]
Maka baginda pun mengajak mereka keluar ke tempat solat (bukan masjid – tapi musolla yakni tempat baginda lakukan solat Hari Raya dan lainnya. Sebagaimana menurut as-Sunnah dan pendapat yang kuat, baginda ﷺ tidak melakukan solat Hari Raya di Masjid Nabawi, tetapi di tanah lapang, yang disertai seluruh masyarakat, lelaki dan wanita, tua muda, merdeka dan hamba. Begitu juga perbuatan al-Khulafa’ ar-Rasyidien. Musolla tersebut pada zaman Nabi ﷺ bertempat di lapangan antara Masjid Nabawi dan Perkuburan Baqie‘ sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Hafiz]
dalam riwayat lain: al-Baqie‘),
[Kemudian baginda ke hadapan dan mereka membuat saf di belakang baginda ] [2 saf], [Kami pun membuat saf di belakang baginda
sepertimana biasanya dibuat saf untuk solat jenazah dan kami lakukan solat ke atas beliau sebagaimana biasanya kami lakukan solat jenazah], [sehingga kami merasakan seolah-olah ada jenazah di hadapan baginda ﷺ], [baginda mengimamkan dan solat ke atasnya], dengan bertakbir (ke atasnya) 4 kali takbier, [maka ditanyakan kepada baginda: Wahai Rasulullah, tuan hamba solatkan
hamba keturunan Habsyi? Maka turunlah ayat:
{ وَإِنَّ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ لَمَن یُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ ... }
[Surah Âl-`Imrân: 199]
Dan di antara golongan Ahli Kitab itu, ada orang yang benar-benar beriman
kepada Allah... - ayat tersebut”
[Riwayat al-Bukhariy (3/90, 145, 155, 157), Muslim (3/54) dan lafaz ini di sisi beliau serta para Ahli Hadis lainnya]
Kata al-Imam Ibn al-Qayyim dalam Zād al-Ma‘ād (1/205-206):
“Bukan daripada petunjuk ajaran dan Sunnah baginda ﷺ, melaksanakan solat ke atas setiap jenazah ghaib (yang kematian dan pemakamannya berlaku di tempattnegeri lain), kerana sesungguhnya, ramai daripada kaum muslimin yang meninggal dunia sedang jenazah mereka ghaib (tiada di tempat baginda ﷺ), tetapi baginda tidak lakukan solat jenazah ghaib ke atas mereka, hanya jelas sahih daripada perbuatan baginda bahawa baginda melakukan solat jenazah ghaib ke atas an-Najāsyi sebagaimana biasanya baginda solatkan jenazah (yang hadir)”.
Nukilan daripada_Talkhees Ahkam al-Jana-iz.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.