Wednesday 6 July 2022

Puasa Bila

Semakin hampir Hari Arafah, semakin ramai teman-teman yang tanya "Ustaz Bersara", bila sebaiknya kita PUASA ARAFAH?

Bila teman-teman saling berkongsi melalui WA, dapatlah dikongsikan di sini penjelasan beliau.
Satu sikap "Ustaz Bersara" kita ni yang teman-teman perlu faham, beliau tidak suka kita tegakkan satu pendapat dan yang lain macam salah menyeleweng, bila ulama hebat-hebat zaman terdahulu berselisih, malah hingga hari ini pun masih ada perselisihan agar dielakkan sikap ta'asub fanatik dan melawan dan memperlekeh ulama, iaitu pada perkara yang dalil-dalilnya sama kuat, cuma pemahaman ulama berbeza-beza.
Bukan pendapat yang tiada sandaran, atau satu jelas lebih kuat berbanding yang satu lagi, apatah lagi ajaran yang berpandukan mimpi, ilham atau tanya Rasulullāh ﷺ secara yaqazoh atau dalam mimpi. Itu jadinya, ada permasalahan yang perlu dikaji, bukannya khazanah ilmiyah kitab-kitab ulama ditelaah, malah cukup dengan tidur sahaja, supaya mimpi dapat jumpa Nabi. "Patutlah guru kita ni banyak tidur, lagi banyak tidur lagi banyak ilmu dan lagi banyak kali peluang tanya Nabi".

Alhamdulillāh, Ustaz Bersara kita ini, sungguh kerja-kerja Uni sudah lepas tangan, masih buat kajian dan berkongsi ilmu. MaasyaaAllaah.
Jadi bila Puasa Arafah?
Puasa Arafah ikut *Hari Wuqufnya* jemaah haji atau ikut *9hb* di sisi masyarakat setempat, perkara perselisihan ulama.
Ada yang ajarkan ikut Wuquf dan kebanyakan ulama hukum tidak ambil kira beza negeri2, maka ikut hari wuquf iaitu hari *Jumaat*.
Jika ikut pendapat ulama yg ambil kira beza negeri2 dan kira *9hb puasa hari Arafah, hari *Sabtu* masalah lain pula timbul, iaitu adanya larangan puasa sunat hari Sabtu di sisi sebahagian ulama.
Oleh kerana tahun ini, jatuh hari Wuquf pada hari Jumaat,
*A.* Mereka yg ikut kebanyakan ulama, ambil kira hari Wuquf, mereka *puasa Arafah pada hari Jumaat* (ikut takwim kita di M'sia: 8hb).

Tapi ada masalah lain, terlarang puasa sunat hari Jumaat tersendiri. Maka mereka perlu *gandingkan dengan puasa hari Khamis* (ikut takwim kita: 7hb) dan tiada masalah bila puasa Khamis dan Jumaat lagipun digalakkan lakukan amalan solih pada 10hari pertama bulan Zulhijah, antaranya PUASA.
Adapun hari Sabtu, mereka tidak puasa sebab sudah puasa hari Khamis dan Jumaat (yang dikira puasa Hari Arafah).

Hari Raya mereka sambut bersama masyarakat.
*B.* Adapun yang ikut ulama yang ambil kira perbezaan matholi' (yakni beza anak bulan negeri²) dan puasa Arafah *ikut takwim 9hb bukan hari wuqufnya jemaah di Arafah* maka mereka ini puasa sunat itu pada *hari Sabtu* dan mereka dengan itu ikut pendapat ulama yang membolehkan puasa pada hari Sabtu meskipun larangan puasa hari Sabtu amat tegas.
Hari Raya Korban disambut sama-sama baik yang ikut A atau B.
Jangan ada pula yang buat Mazhab baru ikut "C", iaitu puasa Jumaat dan Sabtu kiranya macam gabung pendapat-pendapat A+B. Melainkan ia anggap puasa Sabtu tidak terlarang dan sejak 1hb Zulhijah (ikut takwim kita) ia puasa.
Usah pula buat Mazhab Berkecuali ikut "D", semua hari itu Khamis, Jumaat atau Sabtu ia tinggalkan PUASA SUNAT ARAFAH, dengan anggapan "elak perselisihan ulama". Rugi, sebab huraian ulama ada, ikut mana yang kita yakini
terbaik
menurut kadar ilmu kita dan bila tidak puasa sunat ini (melainkan ada keuzuran Syar'i) terlepas peluang dapat Ampunan Allah untuk dosa-dosa kita setahun yang lalu dan setahun yang akan datang (HR Muslim 1162).
Ada pula yang mempersoal: "Jika sudah diampun dosa tahun depan, tahun depan saya tidak perlu puasa Arafah, 2 tahun sekali saja, boleh?"

Ulama sudah beri jawapan untuk soalan seperti ini:

1. Amalan yang kita buat, kemungkinan ada kekurangannya, jadi kekurangan ini ditampal dengan amalan itu diamalkan terus. Misalnya Puasa Arafah tahun ini, tetapi kerana ada maksiat dibuat semasa puasa, jadi kurang "ampunannya" malah mungkin gugur keseluruhan pahala puasanya. Oleh itu, usahlah terpedaya dengan amalan baik kita. Usaha terus dapatkan Ampunan dan Rahmat serta Redha Allah.

2. Seandainya PUASA ARAFAH seseorang itu sempurna tiada cacat cela, rata-rata ulama menjelaskan Ampunan ini untuk dosa-dosa kecil, semoga dosa besar pula diampunkan atau dengannya ditambah derajatnya semakin tinggi dekat kepada Allah.

3. Fadilat dan Kelebihan dan Kebaikan PUASA umumnya, bukan hanya Ampunan, malah jadi penyebab taqwa, dilindungi daripada Neraka, membantu menundukkan nafsu dan sebagainya.

Kesimpulannya, usaha beramal solih melainkan ada keuzuran dan jika keuzuran tetapi telah ada azam yg kuat dalam hati (niat), Allah Maha Mengetahui dan Maha Luas RahmatNya, tetap diberi ganjaran.

Wallaahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.