Wednesday 6 July 2022

Puasa Bila

Semakin hampir Hari Arafah, semakin ramai teman-teman yang tanya "Ustaz Bersara", bila sebaiknya kita PUASA ARAFAH?

Bila teman-teman saling berkongsi melalui WA, dapatlah dikongsikan di sini penjelasan beliau.
Satu sikap "Ustaz Bersara" kita ni yang teman-teman perlu faham, beliau tidak suka kita tegakkan satu pendapat dan yang lain macam salah menyeleweng, bila ulama hebat-hebat zaman terdahulu berselisih, malah hingga hari ini pun masih ada perselisihan agar dielakkan sikap ta'asub fanatik dan melawan dan memperlekeh ulama, iaitu pada perkara yang dalil-dalilnya sama kuat, cuma pemahaman ulama berbeza-beza.
Bukan pendapat yang tiada sandaran, atau satu jelas lebih kuat berbanding yang satu lagi, apatah lagi ajaran yang berpandukan mimpi, ilham atau tanya Rasulullāh ﷺ secara yaqazoh atau dalam mimpi. Itu jadinya, ada permasalahan yang perlu dikaji, bukannya khazanah ilmiyah kitab-kitab ulama ditelaah, malah cukup dengan tidur sahaja, supaya mimpi dapat jumpa Nabi. "Patutlah guru kita ni banyak tidur, lagi banyak tidur lagi banyak ilmu dan lagi banyak kali peluang tanya Nabi".