Monday 21 February 2022

Pendidikan dan Penerapan Qadha' & Qadar pada diri anak kecil

Allah menyatakan - dan setiap ayat malah huruf al-Quran bermanfaat dan punya kesan bagi orang yang beriman khususnya - di sebalik kisah Nabi Yusuf 'alayhissalaam ada pengajaran yang amat mendalam dan kisah ini di antara kisah paling menarik dalam al-Quran.

Di samping, "baju Nabi Yusuf" yang jadi "bahan bukti" palsu, "baju Nabi Yusuf" juga jadi bukti pekerti Nabi Yusuf dan jenayah wanita tersebut dan "baju Nabi Yusuf" juga jadi alat berlakunya mukjizat penglihatan Bapanya, Nabi Ya'qub pulih, yang disebutkan berikut ini pula menjadi pengajaran bagi setiap Ibu Bapa yang berusaha mendidik anak-anak dengan Iman kepada Allah dan Qadha' dan Qadar yang meresap dan kukuh di sanubari.
Meski,
1. Berpisah dengan Ayah Pendidiknya pada usia amat muda,
2. Dianiaya adik-beradik sendiri
3. Bersendirian kesejukan kelaparan ketika dalam perigi buta
4. Diculik menjadi hamba sahaya yang dijual dan dibawa jauh daripada pangkuan keluarganya
5. Dituduh dengan tuduhan dusta dan dipenjarakan tanpa kesalahan
6. Meringkuk dalam penjara bercampur dengan manusia penjenayah yang berbagai latar belakang, namun,
Tetap Cekal Kukuh Iman kepada Allah, Pegangan pada Ajaran Benar biarpun menyelisihi kebanyakan fahaman manusia, mendakwahkan Tauhid. Tiada pernah berputus asa daripada Rahmat Allah.
Benar, Nabi Yusuf dipandu dan dibimbing Allah, namun kisah mimpi yang diceritakan kpd Bapanya dan panduan Bapanya yang Allah rakamkan dalam alQuran, menekankan peri pentingnya Pendidikan ke arah Iman yang teguh dan Pengharapan serta Pergantungan hanya kepada Allah pada diri anak kecil sebaik ia mampu memahami.
Beberapa ayat diperuntukkan Allah khusus menceritakan kisah yang mencermin kesan Pendidikan pada diri Nabi Yusuf yang membentuk ketahanan utuh pada jiwa baginda 'alayhissalaam.
{ قَالَ لَا یَأۡتِیكُمَا طَعَامࣱ تُرۡزَقَانِهِۦۤ إِلَّا نَبَّأۡتُكُمَا بِتَأۡوِیلِهِۦ قَبۡلَ أَن یَأۡتِیَكُمَاۚ ذَ ٰ⁠لِكُمَا مِمَّا عَلَّمَنِی رَبِّیۤۚ إِنِّی تَرَكۡتُ مِلَّةَ قَوۡمࣲ لَّا یُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَهُم بِٱلۡـَٔاخِرَةِ هُمۡ كَـٰفِرُونَ } { وَٱتَّبَعۡتُ مِلَّةَ ءَابَاۤءِیۤ إِبۡرَ ٰ⁠هِیمَ وَإِسۡحَـٰقَ وَیَعۡقُوبَۚ مَا كَانَ لَنَاۤ أَن نُّشۡرِكَ بِٱللَّهِ مِن شَیۡءࣲۚ ذَ ٰ⁠لِكَ مِن فَضۡلِ ٱللَّهِ عَلَیۡنَا وَعَلَى ٱلنَّاسِ وَلَـٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا یَشۡكُرُونَ }
{ یَـٰصَـٰحِبَیِ ٱلسِّجۡنِ ءَأَرۡبَابࣱ مُّتَفَرِّقُونَ خَیۡرٌ أَمِ ٱللَّهُ ٱلۡوَ ٰ⁠حِدُ ٱلۡقَهَّارُ }{ مَا تَعۡبُدُونَ مِن دُونِهِۦۤ إِلَّاۤ أَسۡمَاۤءࣰ سَمَّیۡتُمُوهَاۤ أَنتُمۡ وَءَابَاۤؤُكُم مَّاۤ أَنزَلَ ٱللَّهُ بِهَا مِن سُلۡطَـٰنٍۚ إِنِ ٱلۡحُكۡمُ إِلَّا لِلَّهِ أَمَرَ أَلَّا تَعۡبُدُوۤا۟ إِلَّاۤ إِیَّاهُۚ ذَ ٰ⁠لِكَ ٱلدِّینُ ٱلۡقَیِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا یَعۡلَمُونَ }
Ertinya: Yusuf menjawab: "(Aku bukan sahaja dapat menerangkan takbir mimpi kamu itu, bahkan) tidak datang kepada kamu sesuatu makanan yang diberikan kepada kamu (tiap-tiap hari dalam penjara), melainkan aku juga dapat memberitahu kepada kamu akan nama dan jenisnya, sebelum ia dibawa kepada kamu. Yang demikian itu ialah sebahagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku. Dengan sebab itu aku meninggalkan ugama kaum yang tidak beriman kepada Allah serta tidak pula percayakan hari akhirat. "Dan aku menurut ugama bapa dan datuk nenekku: Ibrahim dan Ishak serta Yaakub. Tidaklah sepatutnya kita mempersekutukan sesuatupun dengan Allah.

Mentauhid - mengesakan Allah ialah hasil dari limpah kurnia Allah kepada kita dan kepada umat manusia. Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. "Wahai sahabatku berdua yang sepenjara, memuja dan menyembah berbilang-bilang tuhan yang bercerai-berai itukah yang lebih baik atau menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa? Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah Ugama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
[Surah Yûsuf: 37-40]
Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.