Wednesday 26 May 2021

 

Syaikhul Islām Ibnu Taimiyah rahimahullāh telah menjelaskan:
<FirmanNya:
﴿لكم دينكم ولي دين﴾
"Bagi mu agama mu dan bagi ku agama ku"
Tidak mengandungi maksud bahawa baginda Rasul ﷺ redha dengan agama mereka (musyrikeen/kuffār) dan tidak pula pengiktirafan atau setuju dengan pegangan mereka, malah ia menjadi dalil kepada berlepas diri dan tiada kaitannya baginda ﷺ dengan agama mereka dan lantaran itu Nabi ﷺ telah bersabda: "Sesungguhnya Surah ini (al-Kāfirūn) ialah pembebasan (berlepas diri) daripada syirik" dan yang semakna dengan ayat ini ialah Firman Allah:
﴿وإن كذبوك فقل لي عملي ولكم عملكم أنتم بريئون مما أعمل وأنا بريء مما تعملون﴾.».
"Dan jika mereka mendustakan mu (tidak beriman) maka katakanlah (kepada mereka) bagi ku amalan (agama) ku dan bagi mu amalan (agama) mu, kamu tiada kena mengena dengan apa yang aku amalkan dan aku juga berlepas diri daripada apa yang kamu kerjakan">
al-Jawāb aş-Şahīh: 2/99
قال شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله:
«وقوله : ﴿لكم دينكم ولي دين﴾ لا يدل على رضاه بدينهم، بل ولا على إقرارهم عليه، بل يدل على براءته من دينهم، ولهذا قال النبي ﷺ: "إن هذه السورة براءة من الشرك".
ونظير هذه الآية قوله تعالى: ﴿وإن كذبوك فقل لي عملي ولكم عملكم أنتم بريئون مما أعمل وأنا بريء مما تعملون﴾.».
الجواب الصحيح ٩٩/٢.