Tuesday 23 March 2021

Fikirkan-fikirkanlah

Teringat baca buku-buku Hikayat Antah Berantah sewaktu di bangku sekolah dulu.

Ada sebuah negeri, Antah Berantah, Raja yang membiarkan seorang Menterinya menitahkan agar hulubalang-hulubalang yang gagah, patut berasa lega dengan perjanjian damai yang dimeterai dengan kumpulan pemberontak kecil, orang-orang ganjil, mungkin manusia X atau manusia XY (Mutant? Entahlah...negeri Antah Berantah), bukan OKU atau lainnya, yang melazimi upacara canggah tabi'i manusia.

Diarahkan agar para hulubalang berasa lega dan jangan menyerang kumpulan itu dan kumpulan itu juga tidak akan menyerang dengan perjanjian damai itu dan biarkan sahaja mereka meneruskan kegiatan mereka, meski mereka akan mempengaruhi yang lain.

Maka para hulubalang pun berasa lega bila ditanya pasukan perajurit masing-masing yang tidak berpuashati, mereka katakan: yang penting kita patuh Pemimpin kita dan lagipun sekarang kita selamat daripada serangan mereka.

Para perajurit masih tetap tidak berpuashati. Mereka hanya dapat suarakan:

Pernah ada, negeri yang berdamai dengan pemberontak dan kumpulan pemisah, apatah lagi yang amat kecil bilangannya?

1. Kita yang berkuasa lagi gagah tunduk kepada kumpulan pemberontak??? 

2. Kita takut mereka serang kita padahal mereka yang sepatutnya diserang dan ditundukkan agar aman negeri dan rakyat daripada keburukan mereka???

3. Ini Ketua dan Menteri tidak tahu apa erti ketenteraan dan ukuran kekuatannya, membuat keputusan yang salah. Bukankah lebih baik kita nasihati dan fahamkan mereka agar merubah titah mereka?

4. Mungkinkah si Menteri sebenarnya salah seorang daripada kumpulan pemberontak???

Para hulubalang bukan memihak perajurit mereka, malah membuat ancaman: sesiapa dalam kalangan perajurit yang bersuara menentang keputusan Kerajaan, apatah lagi menyerang kumpulan pemberontak tersebut, akan dipancung atau dikenakan tindakan tegas lainnya.

Maka begitulah nasib rakyat dan para perajurit Negeri Antah Berantah.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.