Wednesday 28 October 2020

Menjauhi Ahli Bid'ah (Terutamanya Dalam Hal Aqidah) & Berwaspada Daripada Mereka

Suatu perkongsian untuk menyedarkan diri kita para penuntut ilmu dan terutamanya para pendakwah ke arah penghayatan Sunnah, agar kita sentiasa jadikan panduan 'ulama besar khususnya Salafussolih sebagai pedoman dan panduan. Waspada kita daripada terjerumus ke dalam sikap keAKUan keKITAan, lupa diri dan kedudukan kita sebenarnya di mana berbanding 'ulama dengan rasa "aku mampu, aku sudah biasa, aku tahu apa aku buat, aku berpengalaman, aku ahlinya, aku cukup ilmu, akulah orangnya...aku...aku."

Saturday 10 October 2020

Panduan Nabi Menjamin Kerukunan Rumahtangga

Rumahtangga menghimpun dan menyatukan 2 insan berlainan (lelaki dan perempuan) daripada "2 bumbung" yang berlainan, yang melalui 2 perjalanan hidup yang berasingan, dibesarkan, bergaul dan bercampur dengan 2 suasana latar belakang kehidupan di dalam rumah dan sekitaran pendidikan yang berbeza, apatah lagi kalau dari dua bangsa, adat resam yang berlainan.

Maka pastinya "Alam Kehidupan Rumahtangga" ada cabarannya untuk kedua-dua suami isteri menyesuaikan dan memadankan diri untuk hidup aman bahagia.