Menjual Sesuatu Barang Yang Belum Dimiliki Ada Beza Dengan Tempahan
(Jawapan Ustaz saya bagi persoalan ini yang diajukan. Dikongsikan untuk manfaat bersama)
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh UstazUstaz, berkenaan muamalah, ana maklum akan keharaman menjual barang yang belum dimiliki.
Ana nak tanya sama ada method yg akan ana gunakan terkena kepada keharaman tersebut
Method:
Ana post sesuatu produk yg belum ana miliki di social media dan chat groups dgn post yg mengatakan ana sedang ambil order untuk produk tersebut. Sesiapa yg berhasrat untuk beli, akan ana note down order mereka.
Ana tak ambil deposit dan apa2 bayaran dari mereka. Dan mereka bebas untuk cancel order.
Kemudian ana akan beli dari pembekal dan deliver pada pelanggan. Pelanggan cuma bayar ana once produk sudah diterima oleh mereka.
Bagaimana Ustaz?
BarakAllaahu feek Ustaz
JAWAPAN
Wa'alaykumussalaam wa rahmatullaah wa barakaatuh.
Apa yg anta lakukan termasuk dlm Bai' as-Salam atau as-Salaf dan Bai' al-Istishnaa'
بيع السلم أو السف و الإستصناع
yang diperbolehkan dgn nas hadis Nabi ﷺ iaitu tempahan dan disyaratkan sifat atau specs barangan itu, harga serta bila akan dpt serta cara bayaran semuanya jelas antara kedua pihak, pembeli dan penjual.Dlm gambaran yg anta berikan, halal dan patuh syara'. Walhamdulillaah
Tak perlu risau.
WalLaahua'lam.
Sila lihat hasil Terjemahan Ustaz, Nota Fiqh Mu'aamalaat dpd Kitab Tawdheeh al-Ahkām Syarah Bulūgh al-Marām karya ash-Shaykh al-Bassām.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.