Hukum Jual Beli Dengan Perbezaan Bayaran Secara Tunai (Cash) dan Ansuran (Instalments)
Pada zaman pasca Perang Dunia Kedua, sebagaimana sekarang ini wabak melanda merata dunia, jual beli secara bayaran ansuran menjadi lumrah kehidupan manusia sejagat.
Peralatan Elektrik, Perkakas Rumah, Perabot, malah Rumah Kediaman, Kereta dan lain-lain dijualbeli secara bayaran beransuran menjadi berleluasa.
Pada cara jual beli demikian, ada kemudahan dan keringanan kepada kebanyakan manusia sebab hanya segelintir golongan pembeli yang mampu untuk membeli segala keperluan hidupnya, khususnya, Rumah Tempat Tinggal, dengan membayarnya secara tunai.
Tetapi apakah hukumnya jual beli secara beransuran. Berikut perkara-perkara yang semestinya kita ambil perhatian demi menjamin, dengan Izin Allah dan RahmatNya, kita dapat dengan mudah menjawab pada Hari Kiamat kelak, 1 daripada 5 soalan terutama, iaitu HARTA, daripada mana kita mendapatkannya dan kepada apa kita pergunakannya dan salurkannya.
1. Tiada salahnya berjual beli dengan bayarannya secara tunai ataupun beransuran, bilamana tiada perbezaan harga, dengan kesepakatan 'ulama'.
2. Riba berlaku apabila dengan adanya "pertangguhan masa bayaran" bertambahnya harga ataupun jumlah bayarannya secara mutlaq. Misalnya tanpa disebutkan ketika aqad jual beli.
3. Halal dan bukan Riba di sisi kebanyakan 'ulama' 4 Madzhab termasyhur', jika 1 barang yang sama, ditawarkan dengan 2 harga berbeza, tunai sekian harga, manakala beransuran atau bertangguh sekian harga (lumrahnya harganya lebih tinggi daripada harga tunai) yakni 2 Aqad berbeza, ada pilihan aqad bayaran tunai atau aqad bayaran ansuran.
Namun sebahagian 'ulama' yang lain menghukumnya Haram, asal saja dijual 1 barang yang sama dengan 2 harga yang berbeza, tunai sekian harga, sementara bertangguh sekian harga, (disebut Riba ataupun tidak) lebihan harga secara bertangguh itu, di sisi mereka, adalah Riba.
4. Riba hukumnya Haram, biar bagaimana ditukar dan diubah namanya atau dengan selok belok dijadikan seolah-olah bukan Riba.
5. Beza dengan no. 3 dan no. 2, apabila penjual menawarkan bayaran tunai tanpa "RIBA", bayaran beransuran ada "RIBA" (seolah-olah yang membezakannya no. 3 dan no. 5 hanyalah "gelaran" semata-mata, tetapi ulama yang menyebutkan no. 3 menghukumkan halal jika tawaran dibuat dengan 2 harga tanpa menyatakannya sebagai riba, beza bila disebut riba. Jika disebut "RIBA" ia Haram di sisi mereka).
6. Perjanjian yang menetapkan, jika lewat dilunaskan bayaran, maka ada "denda" bayaran tambahan adalah Perjanjian yang Haram, sebab "denda" atau "caj" itu dikira Riba. Bukan soal berlaku dan dibuat bayaran, memeterai perjanjian itu sendiri dikira Haram. Inilah isu penggunaan "Credit Card" berbanding "Debit Card". Debit hanya menggunakan apa yang ada dalam simpanan, bila tidak cukup tiada pinjaman. Credit, jika ada pinjaman dan jika lewat dilunaskan pinjaman, ada denda atau cajnya. Denda/Caj tersebut Riba (sebab ada pihak yang memahami bahawa membuat perjanjian ketika memohon/mengambil Kad Kredit tiada salahnya, asalkan dielakkan terlewat bayar).
7. Dalam keadaan tertentu, "Yang Telarang menjadi Diizinkan" yakni
"الضرورات تبيح المحظورات"
Sebagaimana halnya memakan bangkai atau khinzir terlarang namun bila terdesak ia diperbolehkan. Riba atau Perjanjian dan Berurusan mengandungi dan berunsur Riba, diperbolehkan seperti memakan bangkai dan babi, bila terdesak terpaksa tiada pilihan, terpaksa makan untuk pelihara nyawa.Maka bukan makan sampai kenyang bebetong dan masa memakannya pun tidak suka makan bangkai atau babi itu, "ala kadar" terpaksa.
(إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡمَیۡتَةَ وَٱلدَّمَ وَلَحۡمَ ٱلۡخِنزِیرِ وَمَاۤ أُهِلَّ بِهِۦ لِغَیۡرِ ٱللَّهِۖ فَمَنِ ٱضۡطُرَّ غَیۡرَ بَاغࣲ وَلَا عَادࣲ فَلَاۤ إِثۡمَ عَلَیۡهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورࣱ رَّحِیمٌ)
[Surah Al-Baqarah 173]Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia TIDAK MENGINGININYA dan tidak pula MELAMPAUI BATAS (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Begitu juga dengan Pemeliharaan Akal, Harta, Maruah dan terutamanya Agama.
WalLaahua'lam.
Semoga bermanfaat.
Sila lihat pautan berikut:
https://islamqa.info/en/answers/13973/it-is-permissible-to-raise-the-price-of-a-product-in-return-for-paying-in-installments?fbclid=IwAR1mR1mOBV8Ts5CU0E3y6NBNB54ZzjrBHnS3xq_MleqFfUF22u15d1QsUXE
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.