Saturday 25 April 2020

Hak Ibu Bapa

Hak Ibu Bapa kita, baik yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia, asalkan yang telah meninggal dunia dalam kalangan orang-orang Islam.
Bagi Ibu bapa kita yang telah meninggal dunia, inilah hubungan kita yang berterusan dengan mereka, meski telah berbeza Alam; dunia dan Barzakh, dan bakti kita yang berterusan demi membalas jasa mereka yang tidak terbalas. Bukannya dengan menabur bunga di pusara mereka dan bukan pula dengan mencipta sajak puisi, elegi apatah lagi lagu buat mengenang mereka atau mempamer dan menatap selalu gambar-gambar mereka. Bukan pula dengan menziarahi pusara mereka pada pagi Raya EidulFitri, memakan berbagai juadah di sisi kubur mereka. Tidak pula dengan mengupah orang lain untuk buat ibadah untuk mereka.

Malah sebenarnya, doa dan amal solih kita sepanjang masa.Doa dan amal solih kita antara bakti kita yang paling utama buat orang tua kita, semasa hayat mereka dan setelah pemergian mereka. Semoga Allah ampuni dan rahmati mereka.
Ameen.












No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.