Musibah Dunia Pasti Berlalu…
Ketahuilah bahawa musibah dunia pasti berlalu. Kerana dunia bukan negeri balasan. Dunia adalah negeri amal. Namun terkadang Allah memberikan balasan hanya sebatas untuk peringatan dan penggugur dosa-dosa. Maka dari itulah tidak ada sejarahnya bencana terus-menerus mendera. Dia akan selalu berlalu, berlalu dan berlalu.
Berbeza dengan negeri akhirat. Negeri akhirat disebut dengan darul jaza (negeri balasan). Maka di akhirat, orang yang beriman dibalas dengan syurga dan akan senang terus-menerus. Orang yang tidak beriman akan dibalas dengan neraka dan akan menderita terus-menerus tidak ada habis-habisnya.
Bencana atau musibah itu terkadang menjadi nikmat dan terkadang menjadi adzab. Bilakah ia menjadi nikmat ? Iaitu apabila dengan bencana itu kita menjadi orang yang sedar dan kembali kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Sehingga kita menjadi orang yang lebih bertakwa kepada Allah, lebih semangat menjalankan perintah-perintah Allah, lebih semangat meninggalkan larangan-larangan Allah.
Maka kalau ternyata musibah menjadikan kita lebih baik, bererti itu nikmat dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Bagi orang beriman, dia selalu mengambil pelajaran dari setiap musibah yang menimpa. Sedangkan orang yang kurang beriman, dia akan selalu berburuk sangka kepada Allah dari setiap musibah yang menimpa.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.