Monday, 23 March 2020

Doa-doa dan Zikir-zikir Sesuai Sunnah


Saat ini, walhamdulillaah, ramai yang mengingatkan agar mengamalkan doa2 sekian, zikir2 sekian sebagai antara usaha untuk dilindungi Allah dpd wabak.

Asalkan doa2 dan zikir2 tersebut sebenarnya warid dpd ajaran Sunnah Rasulullah ﷺ kerana kita semua yakin ajaran baginda yg terbaik selaku hamba yg paling dekat kpd Allah dan dicintaiNya, dan baginda adalah Nabi yang amat menyayangi umat dan telah ajarkan yg terbaik kpd mereka. Lagipun yg Nabi ajarkan begitu banyak tidak atau belum diamalkan, mengapa ajaran selain baginda pula yg diutamakan?

Usaha doa menagih Kasih Sayang Allah yang Maha Kuasa Maha Menentukan segala sesuatu, selain usaha pencegahan serta bertawakkal setelah usaha2 tersebut.


Itulah yang sebaik-baiknya dilakukan setiap hamba. Antara hikmah ujian ini ialah kembalinya manusia dan pasrahnya mereka kepada Allah. Takut kpd singa, kita lari dpd singa, tapi bila takut kpd Allah, azabNya, hukumanNya, kita malah makin dekat kpd Allah:
(فَفِرُّوۤا۟ إِلَى ٱللَّهِۖ إِنِّی لَكُم مِّنۡهُ نَذِیرࣱ مُّبِینࣱ)
"Maka segeralah kamu melarikan diri (menyelamatkan diri kamu dengan segera kembali) kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata.
[Surat Adh-Dhariyat 50]

Cuma macam kena tempelak bila sang guru kirim ayat ini dengan maknanya yg umum:
(وَإِذَا مَسَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ ٱلضُّرُّ دَعَانَا لِجَنۢبِهِۦۤ أَوۡ قَاعِدًا أَوۡ قَاۤىِٕمࣰا فَلَمَّا كَشَفۡنَا عَنۡهُ ضُرَّهُۥ مَرَّ كَأَن لَّمۡ یَدۡعُنَاۤ إِلَىٰ ضُرࣲّ مَّسَّهُۥۚ كَذَ ٰ⁠لِكَ زُیِّنَ لِلۡمُسۡرِفِینَ مَا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ)
Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan.
[Surat Yunus 12]

Semoga ujian ini segera diangkat lenyap oleh Allah. Semoga kita tidak menjadi seperti golongan yang Allah sifatkan dalam ayat itu tadi.

Semoga sepertimana ketika kita ketakutan terkena wabak ini, kita jadi mengamalkan zikir2 pagi dan petang, atau sebahagiannya, jangan pula bila Allah telah lenyapkan ujian ini, amalan zikir pagi petang pun kita tinggalkan. Itulah peringatan sang guru dengan ayat ini yg rasa mcm "kena tempelak".
Sebab itu sang guru membimbing jemaah hajinya setiap lepas Subuh dan Asar membaca zikir pagi petang (bukan Makthurat himpunan Hasan al-Banna) agar dihafal dan diamalkan terus sekembali dari Ibadah Haji dgn pesanan sang guru, bagi yg telah hafal dan tidak perlu bimbingan, baca sendiri2 masing2.

Semoga Allah kurniakan istiqaamah pd amalan2 Sunnah kpd kita. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.