Monday 23 March 2020

Doa-doa dan Zikir-zikir Sesuai Sunnah


Saat ini, walhamdulillaah, ramai yang mengingatkan agar mengamalkan doa2 sekian, zikir2 sekian sebagai antara usaha untuk dilindungi Allah dpd wabak.

Asalkan doa2 dan zikir2 tersebut sebenarnya warid dpd ajaran Sunnah Rasulullah ﷺ kerana kita semua yakin ajaran baginda yg terbaik selaku hamba yg paling dekat kpd Allah dan dicintaiNya, dan baginda adalah Nabi yang amat menyayangi umat dan telah ajarkan yg terbaik kpd mereka. Lagipun yg Nabi ajarkan begitu banyak tidak atau belum diamalkan, mengapa ajaran selain baginda pula yg diutamakan?

Usaha doa menagih Kasih Sayang Allah yang Maha Kuasa Maha Menentukan segala sesuatu, selain usaha pencegahan serta bertawakkal setelah usaha2 tersebut.

Thursday 12 March 2020

Musibah Dunia Pasti Berlalu…


Ketahuilah bahawa musibah dunia pasti berlalu. Kerana dunia bukan negeri balasan. Dunia adalah negeri amal. Namun terkadang Allah memberikan balasan hanya sebatas untuk peringatan dan penggugur dosa-dosa. Maka dari itulah tidak ada sejarahnya bencana terus-menerus mendera. Dia akan selalu berlalu, berlalu dan berlalu.