Bulan Rejab Menurut Sunnah Yang Sahih
Alhamdulillah
kita akan memasuki 1 Rejab 1440H pada esok hari (Jumaat) ini yang mana bulan
Rejab termasuk salah satu dari empat bulan haram, yakni bulan yang suci dalam
Islam.
Allah
Ta'ala berfirman:
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْراً فِي
كِتَابِ اللّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَات وَالأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ
ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلاَ تَظْلِمُواْ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ
"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah
ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia
menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan
yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya
diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar
laranganNya)..." [QS. At Taubah: 36].
Dari Abu Bakrah RA dari Nabi ﷺ beliau bersabda:
َ إِنَّ الزَّمَانَ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ
اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا
أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ثَلَاثٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ
وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَان
"Sesungguhnya zaman itu terus berputar sama seperti saat
Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada dua belas bulan, dan empat di
antaranya adalah bulan-bulan haram, dan tiga di antaranya adalah bulan-bulan
yang berurutan iaitu; Dzul Qa'dah, Dzul Hijjah, Muharram dan Rajab. Sedangkan
bulan Rajab adalah bulan Mudzar iaitu bulan yang terletak antara Jamadil Akhir
dan Sya'ban." [HR. Bukhari no. 5124].
Kenapa
dinamakan sebagai bulan haram?
Kesimpulan
para Ulama tafsir menyebut:
"Bulan-bulan haram ini adalah bulan yang dilipatgandakan pahala bagi seorang yang mengerjakan amalan soleh, sehingga seorang hamba akan lebih bersungguh-sungguh melakukan amalan kebaikan pada bulan-bulan tersebut. Begitu pula, perbuatan dosa yang dilakukan di pada bulan haram menjadi lebih besar di sisi Allah Ta'ala berbanding bulan yang lain, bulan ini boleh dijadikan motivasi atau semangat pada seorang hamba untuk meraih sifat takwa yang lebih tinggi dari bulan-bulan sebelumnya, dengan semakin menjauhi kemaksiatan. Dengan demikian, kebahagiaan, ketentraman, dan keselamatan di dunia dan akhirat boleh diraih."

Adakah
wujud amalan khusus pada bulan Rejab seperti Solat, Puasa, Zikir Khusus?
Para
Ulama hadis telah menyimpulkan:
Al-Hafiz Imam Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah berkata:
لم يرد في فضل شهر رجب، ولا في صيامه، ولا في صيام شيء منه، معين،
ولا في قيام ليلة مخصوصة فيه حديث صحيح يصلح للحجة
"Tidak wujud sebarang hadis yang sahih yang boleh dijadikan
hujah berkaitan kelebihan bulan Rejab, berpuasa padanya, tidak juga berkaitan
puasa pada sebarang hari yang khusus daripadanya, tiada juga tentang mendirikan
qiamullail pada malam yang tertentu di dalamnya."
[Tabyin al-‘Ujab Bi Ma Warada Fi Fadhli Rajab,hlm.11]
[Tabyin al-‘Ujab Bi Ma Warada Fi Fadhli Rajab,hlm.11]
Al-Hafiz
Ibnu Qayyim al Jauziyah rahimahullah berkata:
كل حديث في ذكر صيام رجب وصلاة بعض الليالي فيه فهو كذب مفترى
"Semua hadis yang menyatakan puasa pada bulan Rejab dan
solat pada sebahagian malam padanya adalah dusta yang direka-reka."
[Al-Manar al-Munif, hlm. 88]
[Al-Manar al-Munif, hlm. 88]
Bahkan
para Ulama Besar di dalam Mazhab Syafi'e juga mengkritik tentang solat khusus
yang dilakukan pada malam pertama bulan Rejab:
Al-Imam an-Nawawi rahimahullah berkata:
“Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghāib adalah: 12 raka’āt yang dilakukan diantara Maghrib dan Isyak pada malam Jumaat yang pertama bulan Rejab, dan solat malam Niṣfu Sya’bān 100 raka’āt, kedua-dua solat ini adalah bid’ah, merupakan dua perkara mungkar yang dikeji, dan janganlah (kamu) terpedaya dengannya (hanya) kerana ia disebut di dalam kitab Qūt al-Qulūb (karangan al-al-Imām Abū Tālib al-Makkī) dan Ihyā’ Ulūm ad-Dīn dan tidak juga pada hadis-hadis yang disebut berkenaan kedua (amalan) itu, sesungguhnya kesemua itu adalah batil…”
[al-Majmu’, Jil. 4, hlm56]

Al-Imām
as-Suyuṭi rahimahullah berkata:
“Telah diriwayatkan padanya (solat al-Raghāib) hadih palsu dengan kesepakatan ulama’…dan dinamakan ia solat al-Gharāib…”
[al-Amru bi al-Ittiba’, hlm. 167-171]
“Telah diriwayatkan padanya (solat al-Raghāib) hadih palsu dengan kesepakatan ulama’…dan dinamakan ia solat al-Gharāib…”
[al-Amru bi al-Ittiba’, hlm. 167-171]
Al-Imam
Zakariya al-Anṣhari rahimahullah:
“Dia (An-Nawawi) telah berkata di dalam Majmu’ bahawa antara bid’ah yang dikeji (mazmumah) adalah solat al-Raghāib 12 raka’āt yang dilakukan diantara Maghrib dan Isyak pada malam Jumaat yang pertama bulan Rejab…”
[Asnā al-Maṭālib, Jil. 1, Hlm. 206]

Larangan
yang disebutkan ini bertetapan dengan satu hadis, yang mana Rasulullah ﷺ melarang mengkhususkan ibadah khusus pada malam
Jumaat atau puasa pada hari Jumaat, sebagaimana sabda beliau ﷺ:
Dari
Abu Hurairah RA, Rasulullah ﷺ bersabda:
لاَ تَخُصُّوْا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ
اللَّيَالِيْ، وَلاَ تَخُصُّوْا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اْلأَياَّمِ،
إِلاَّ أَنْ يَكُوْنَ فِيْ صَوْمٍ يَصُوْمُهُ أَحَدُكُمْ
“Janganlah kalian mengkhususkan malam Jumaat untuk beribadah
dari malam-malam yang lain dan jangan pula kalian mengkhususkan puasa pada hari
Jumaat dari hari-hari yang lainnya, kecuali bila bertepatan (hari Jumaat itu)
dengan puasa yang biasa kalian berpuasa padanya.”
[HR. Muslim no. 1144]
[HR. Muslim no. 1144]
Begitu
juga hadis masyhur tentang bulan Rejab:
رَجَبٌ شَهْرُ اللهِ وَشَعْبَانُ شَهْرِيْ وَرَمَضَانُ شَهْرُ
أُمَّتِيْ
“Rejab bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan adalah bulan
umatku."
Taraf Hadis: PALSU
Taraf Hadis: PALSU
Status Hadis ini menurut ulama hadis adalah 'PALSU'.
Nabi ﷺ bersabda:
إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ فَمَنْ كَذَبَ
عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
"Sesungguhnya berdusta atas namaku tidaklah sama dengan
berdusta atas nama seseorang, barangsiapa berdusta atas namaku secara sengaja
maka hendaklah dia siap tempat duduknya di neraka."
[HR. Muslim no. 5]
[HR. Muslim no. 5]
Kesimpulannya,
walaupun hadis-hadis tentang amalan khusus pada bulan Rejab tidak sahih seperti
solat, puasa dan lain-lain. Bukanlah bermaksud kita dilarang memperbanyakkan
ibadah pada bulan Rejab ini kita masih boleh beribadah seperti bulan yang lain
secara umumnya.
Antara amalan Sunnah yang sahih bersifat umum boleh kita amalkan
bukan hanya khusus pada bulan Rejab ini seperti:
1.
Mengerjakan puasa
Isnin khamis, puasa hari putih pertengahan bulan 13, 14 dan 15 setiap bulan
Islam.
2.
Menghidupkan solat
berjemaah di masjid, solat sunat seperti solat rawatib, dhuha dan lain-lain.
3.
Zikir pagi petang
seperti 'Sayyidul Istighfar', selawat yang diajarkan oleh baginda Nabi ﷺ dan lain-lain.
Semoga dapat kita amalkan dan sampaikan.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.