Fitnah Akhir Zaman
Daripada Ibnu Mas‘ud - secara Mauquf (dan Marfu‘ hukumnya kepada Nabi ﷺ):
كيف أنتم إذا لبستم فتنة يهرم فيها الكبير و يربو فيها الصغير و يتـخذ النـاس سنة ، إذا ترك منها شيء ، قيل : تركت السنة ؟ قالوا و متى ذاك ؟ قال : إذا ذهبت علماؤكم ، و كثرت قراؤكم ، و قلت فقهاؤكم و كثرت أمراؤكم و قلت
أمناؤكم و الـتمست الدنيا بعمل الآخرة و تفقه لغير الدين
maksudnya: “Bagaimanakah keadaan kalian apabila kalian diselubungi fitnah (yang berleluasa) yang memamah usia orang tua, dan anak kecil membesar di dalamnya (fitnah itu). Manusia menjadikannya (fitnah itu) sunnah (adat) dan sekiranya ditinggalkan sesuatu daripadanya dikatakan (kepada mereka yang meninggalkan adat fitnah itu): Awak meninggalkan Sunnah?”
Jawab baginda ﷺ: “Ketikamana ulama kalian telah pupus, berlambak pula ahli-ahli bacaan kamu, berkurangannya fuqaha (orang yang mengerti hukum) di antara kamu, bertambah
ramainya orang-orang yang menguruskan urusan keduniaan kamu, sedikit pula mereka yang bersikap amanah, dunia dicari dengan amalan akhirat dan memperdalam pada selain pemahaman (ilmu) agama.”
Hadis riwayat ad-Daarimiy (1/64) dengan 2 jalan periwayatan. Salah satunya Sahih dan yang satu lagi Hasan. Begitu yang dihukumkan al-Haakim (4/514) dan para ahli hadis lainnya.
Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radiallahu anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
إن الله لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من الناس و لكن يقبض العلم بقبض العلماء. فإذا لم يبق عالما اتخذ الناس رؤوسا جهالا فسئلوا فأفتوا فضلوا و أضلوا
“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu (dari umat ini) dengan merentapnya. Akan tetapi, Allah mencabut ilmu dengan mencabut (nyawa) ‘ulama’ (yang benar-benar ‘alim dan bertaqwa). Maka apabila telah tiada ‘alim yang hidup, manusia mengambil orang-orang yang jahil sebagai pemimpin. Mereka (para pemimpin jahil yang dianggap ‘alim) ditanya, maka mereka memberi fatwa tanpa ilmu. Mereka itu sesat lagi menyesatkan.”Hadis Sahih riwayat Ahmad, al-Bukhariy, Muslim, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.